Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

FIRST AID CHECKLIST FOR BABY & TODDLERS

FIRST AID CHECKLIST FOR BABY & TODDLERS . 👶🏻Sure ramai ibu2 muda yg semangat nk beli brg baby & ibu2 yg dah ada 2 3 orang anak nak tahu apa yang perlu ada di rumah & di dalam beg bila keluar travel . 👶🏻Dari kita membazir beli benda merapu utk bayi & anak2 kecil, baik kita sediakan benda benda ini 🙂 1. Termometer Tak kisahlah termometer jns digital @ manual, carilah termometer yg berkualiti elok. Penting untuk ada termometer di rumah & di dlm beg travel. Anak kecil ni walau aktif & badan tk panas mana tapi bila periksa, suhu mereka boleh sgt tinggi. Perlu diingatkan bahawa suhu bayi & anak kecil biasanya mencanak naik sewaktu tengah malam ke pagi hari. Jadi, eloklah jika kerap periksa suhu anak bila anak tidak sihat di waktu tengah malam . 2. Ubat demam Pastikan di rumah ada disediakan ubat demam. Ubat demam blh jadi paracetamol, ibuprofen, acetaminofen. Belilah yg berbentuk air & ubat punggung. Ubat punggung jika suhu terlampau tinggi ...

#INFO - [ 5 CARA BERSIHKAN MULUT BAYI ]

[#INFO] - 5 Cara Bersihkan Mulut Bayi. 🔖Bayi yang selalu memasukkan barang dan menghisap jari khususnya cenderung kepada pelbagai jenis bakteria yang ada di sekitarnya. Oleh itu, sungguhpun bayi belum tumbuh gigi, kebersihan mulut bayi perlu dijaga dengan sempurna dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi yang betul. 🔖Mungkin anda juga pernah terlihat kesan berwarna putih pada lidah bayi setelah menyusu. Ini adalah sisa-sisa susu yang seharusnya dibersihkan. Sekiranya dibiarkan, ia bukan saja boleh menyebabkan mulut bayi berbau masam, tetapi juga mengundang kulat jangkitan kulat atau dikenali sebagai candida albicans . ✅1. SEDIAKAN PERALATAN SECUKUPNYA Pertama sekali, sediakan bahan secukupnya. Pastikan anda menunggu lebih kurang 30 minit selepas bayi menyusu untuk mengelakkannya termuntah. Anda boleh membeli berus gigi khusus untuk bayi yang mudah digunakan dengan memakainya pada jari telunjuk. Tapi kalau tak ada pun, boleh menggunakan kain kasa/lampin bersih yang d...

#INFO - [ BAHAYA MADU UNTUK BAYI KURANG 1 TAHUN ]

#INFO - [ BAHAYA MADU UNTUK BAYI KURANG 1 TAHUN ] . Madu mempunyai pelbagai manfaat terutamanya dalam melawan jangkitan bakteria. Beberapa tahun kebelakangan ini, madu digunakan sebagai ‘wound managament'(rawatan luka) di hospital. Ia sangat berkesan sehingga mana ia mampu membunuh bakteria yang sangat kuat seperti Methicillin-Resistant Staphylococcus Areus(MRSA) . Tetapi ada satu jenis kuman yang boleh berubah kepada bentuk spora ketika mana dalam keadaan stress. Dalam keadaan spora, ia dapat melindungi diri daripada kepanasan yang tinggi, kadar pH dan kepekatan yang ekstrim dan banyak lagi. Bakteria ini dipanggil sebagai Clostridium botulinum dan ia mampu terus hidup di dalam madu yang berkeadaan yang ekstrim . Kajian mendapati sebilangan kecil madu mempunyai kehadiran spora Clostridium 🚩Kes Botulism ●Apabila spora ini memasuki badan bayi, ia akan mengaktifkan spora itu untuk bertukar menjadi bakteria yang aktif ●Bakteria ini pula akan menghasilkan botulinum toks...

[ 4 SEBAB ANDA TAK BOLEH BERI BAYI MINUM AIR KOSONG, WALAUPUN CUACA PANAS ]

#INFO - [ 4 SEBAB ANDA TAK BOLEH BERI BAYI MINUM AIR KOSONG, WALAUPUN CUACA PANAS ] . 👶🏻Mungkin ada yg belum tahu, bahawa bayi bwh 6 bln tak boleh minum air masak @ air kosong 👶🏻Malah, kebanyakan doktor pakar brpendapat bayi bwh umur 1 tahun tdk patut diberi minum air kosong, kecuali atas keperluan tertentu – seperti utk membersihkan lidah atau mulut selepas makan . 🤔TAKKAN BAYI MINUM AIR KOSONG PUN BAHAYA? ---------------------------------------------------------------------- 👶🏻Memang umumnya kita tahu bahawa air masak bagus untuk kesihatan. Tetapi, ia hanyalah termaktub kepada orang dewasa, bukannya bayi 👶🏻Menurut World Health Organization, bayi yang berumur bawah 6 bulan disarankan menyusu secara ekslusif buat 6 bulan pertama. Menyusu secara ekslusif bermaksud menyusu semata-mata, tanpa diberi makanan atau minuman tambahan, termasuklah air . . ===================================== 4 SEBAB ANDA TAK BOLEH BERI BAYI MINUM AIR KOSONG, WALAUPUN CUACA PANAS ==...

[#INFO] - BAYI TERSEDAK SUSU

[#INFO] - BAYI TERSEDAK SUSU . . Apa yang Dimaksudkan Dengan Tersedak Susu ? ● Tersedak susu bermksud susu termasuk ke dlm saluran pernafasan & seterusnya ke dlm paru2 myebbkan masalah prnafasan & juga bolh myebbkan bayi berhnti brnafas . 👶🏻Bagaimana Bayi Boleh Tersedak Susu ? ●Secara amnya di antara faktor yg blh mybbkan bayi tersedak susu adalah jikalau ada masalah dgn bayi, ibu, botol & posisi badan 🍼FAKTOR BAYI:- ▪Bagaimana kita dpt menilai bayi dpt myusu dgan baik? Posisi bayi, pelekapan yg btl perlu dinilai ▪Kenalpasti tanda pelekapan yg btl iaitu mulut buka luas, merangkumi areola, bibir melengkung keluar, dagu mencecah payu dara ▪Bayi menghisap susu dgan trlalu laju ▪Sendawakan bayi antara & slps myusukan anak ▪Slps disusukan, baringkan bayi dgan kepala 45darjah utk mgelkn bayi muntah dlm tidur 🍼Faktor Ibu 🧕🏻Ibu ada susu yg bnyk iaitu 'forceful let down' @ 'oversupply'. Di dlm keadaan ini, bayi tersebut ada bunyi tersed...

[ 10 TIPS PENJAGAAN ANAK BATUK & SELSEMA ]

[ 10 TIPS PENJAGAAN ANAK BATUK & SELSEMA ] Anak saya sakit. Demam, batuk dan selsema. 2 hari di wad, kemudian semalam discaj. Perlu sambung rawatan di rumah.  Sekarang ni musim tengkujuh, dan ramai yang datang ke klinik saya bawa anak-anak demam, batuk selsema. Ada yang dah agak teruk.  Jadi, ada kemungkinan saya bawa balik kuman dari pesakit-pesakit pulang ke rumah, lalu ia menjangkiti anak saya. Ini kecuaian saya. Apapun, ini saya beri beberapa tips penjagaan anak yang telah mendapat jangkitan pada salur pernafasan.  1. Perbanyakkan minum air kosong. Air diperlukan agar kahak tidak terlalu pekat. Ia juga boleh melegakan tekak yang kering. 2. Elakkan makanan atau minuman yang boleh sebabkan iritasi pada tekak seperti makanan pedas/berempah dan berminyak. 3. Boleh ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C dan madu (setahun ke atas). Bayi bawah 6 bulan, tak usah beri selain susu badan/formula.  4. Bawa jumpa doktor jika simptom ber...