FIRST AID CHECKLIST FOR BABY & TODDLERS
.
👶🏻Sure ramai ibu2 muda yg semangat nk beli brg baby & ibu2 yg dah ada 2 3 orang anak nak tahu apa yang perlu ada di rumah & di dalam beg bila keluar travel
.
👶🏻Dari kita membazir beli benda merapu utk bayi & anak2 kecil, baik kita sediakan benda benda ini 🙂
1. Termometer
Tak kisahlah termometer jns digital @ manual, carilah termometer yg berkualiti elok. Penting untuk ada termometer di rumah & di dlm beg travel. Anak kecil ni walau aktif & badan tk panas mana tapi bila periksa, suhu mereka boleh sgt tinggi. Perlu diingatkan bahawa suhu bayi & anak kecil biasanya mencanak naik sewaktu tengah malam ke pagi hari. Jadi, eloklah jika kerap periksa suhu anak bila anak tidak sihat di waktu tengah malam
.
2. Ubat demam
Pastikan di rumah ada disediakan ubat demam. Ubat demam blh jadi paracetamol, ibuprofen, acetaminofen. Belilah yg berbentuk air & ubat punggung. Ubat punggung jika suhu terlampau tinggi melebihi 39. Jika bayi demam, terus beri ubat demam dan mandikan/lap badan bayi kemudian periksa semula suhu badan anak selepas satu jam
.
3. Ubat titis hidung/nasal drops
Jika bayi selesema/batuk, boleh sahaja titiskan ubat ini ke dlm hidung bayi. Ini kerana salur pernafasan bayi adlh sempit berbnding orang dewasa. Biasa kita dengar bayi seakan berdengkur semasa tidur tapi tidurnya lena sahaja. Ini kerana hingus/kahak/air liurnya tersekat di hujung tekak. Bayi tidak pandai nak meludah atau membuang kahak jadi bila kahak berkumpul, ianya menghasilkan bunyi. Berilah ubat titis hidung utk cairkan kahak bayi. Namun, jika nafas mereka laju, demam, tidak aktif, mempunyai lekuk di leher dan dada, terus bawa berjumpa doktor
.
4. Losyen calimine
Losyen ini boleh digunakan utk menghilangkn ruam ruam gatal dibadan anak. Utk demam campak, hfmd pun blh guna. Ianya tdk mengandungi steroids & insha Allah selamat utk bayi
.
5. Zinc oxide cream
Krim ini blh digunakn utk kes kes melecet akibat pampers @ kesan seluar. Jgn letakkan bedak pada kawasan melecet. Bedak lagi2 bedak herba akan menyebabkan kawasan melecet menjadi lebih teruk. Tak perlu letak bedak di celah kangkang bayi pun. Cukuplah sekadar sapu losyen bayi atau baby oil.
6. Putik kapas/cotton bud
Belilah yang utk bayi/kanak2 punya. Tak elok masukkan putik kapas sehingga ke dalam telinga. Cukuplah sekadar cuci di sekeliling luar telinga sahaja selepas mandi kerana telinga kita ini sudah dikurnia Allah dengan fungsi self-cleansing. Bahaya menjolok terlalu ke dalam kerana risau sehingga terkena gegendang telinga yang nipis tu
.
7. Syringe, sudu kecil atau cawan kecil
Ini perlu ada di rumah & dibersihkan dengan seeloknya utk memudahkan anda memberikan ubat. Ubat perlu disukat jadi seeloknya bersihkan seeloknya syringe yang ada
.
8. Tongue depressor
Ini adalah alat utk memeriksa tekak anak. Tak wajib pun utk ada. Jika anda tidak tahu cara menggunakannya, sebolehnya elakkan. Risau jika anda menjolok terlalu dalam atau tersalah cara. Namun, anda boleh sahaja belajar cara menggunakannya dengan doktor di klinik/hospital
.
9. Torchlight/lampu suluh kecil
Ini guna penting supaya anda blh memeriksa ke dalam lubang @ rongga badan seperti telinga, hidung, mulut & juga mata. Tahu sahajalah anak kecil memang suka masukkan sesuatu ke dlm mana2 rongga yg ada kerana sifat inovasi mereka yang super kreatif
.
10. Baby oil
Ini boleh digunakan utk bahagian yg kering @ untuk mengurut ngurut anggota bdn bayi bila travel jauh
.
11. SpO2 detector
Ini adalah alat utk mengukur tahap oksigen di dalam badan dan biasanya ada sekali fungsi mengira nadi. Tidaklah wajib ada namun ianya bagus untuk anak yg mempunyai masalah paru2 @ jantung. Jika SpO2 kurang dari 95% adalah tidk bagus
.
12. Kain lap
Ini bolehlah termasuk kain napkin @ kain biasa. Sediakan khas untuk kegunaan anak sahaja. Bila demam, boleh gunakan kain ini untuk lap badan anak. Elakkan menggunakan kain buruk @ kain batik yang anda guna. Sharing is not caring in this case. Pastikan bawa kain lap anak ye masa berjalan
.
13. Plaster
Ini juga tidaklah wajib tapi saya suka nasihatkan pesakit saya utk sediakan juga sebab kita taktahu bila kemalangan akan menimpa. Jika ada luka dan berdarah, bersihkan dahulu luka dgn air biasa, jgn letak apae & terus balut dengan plaster sebelum ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Ini utk mengelakkan luka tersebut terdedah kepada kekotoran
.
14. Nasal aspirator
Ini adalah alat utk menyedut hingus di dlm hidung. Elok digunakan slps anda menitis ubat titis hidung. Namun jgn terlalu kuat ok. Kesian hidung baby
.
Dr. Erna Nadia
Comments
Post a Comment