Skip to main content

#INFO - [ 5 CARA BERSIHKAN MULUT BAYI ]


[#INFO] - 5 Cara Bersihkan Mulut Bayi.

🔖Bayi yang selalu memasukkan barang dan menghisap jari khususnya cenderung kepada pelbagai jenis bakteria yang ada di sekitarnya. Oleh itu, sungguhpun bayi belum tumbuh gigi, kebersihan mulut bayi perlu dijaga dengan sempurna dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi yang betul.

🔖Mungkin anda juga pernah terlihat kesan berwarna putih pada lidah bayi setelah menyusu. Ini adalah sisa-sisa susu yang seharusnya dibersihkan. Sekiranya dibiarkan, ia bukan saja boleh menyebabkan mulut bayi berbau masam, tetapi juga mengundang kulat jangkitan kulat atau dikenali sebagai candida albicans
.
✅1. SEDIAKAN PERALATAN SECUKUPNYA
Pertama sekali, sediakan bahan secukupnya. Pastikan anda menunggu lebih kurang 30 minit selepas bayi menyusu untuk mengelakkannya termuntah.

Anda boleh membeli berus gigi khusus untuk bayi yang mudah digunakan dengan memakainya pada jari telunjuk. Tapi kalau tak ada pun, boleh menggunakan kain kasa/lampin bersih yang dililitkan di jari telunjuk. Kemudian sediakan semangkuk air bersih.

✅2. BERSIHKAN LIDAH
Pangku bayi dengan posisi duduk yang selesa. Kemudian, celupkan jari yang dibalut kain lampin tadi dan masukkan ke dalam mulut bayi atau pada kesan putih bekas sisa susu.

Berikan tekanan lembut pada lidah bayi, tarik ke arah luar. Ulangi langkah ini beberapa kali. Kalau bayi masih belum biasa dan nampak tidak selesa, jangan terburu-buru melakukannya. Ingat, jangan masukan jari terlalu dalam, kerana mungkin akan menyebabkan bayi termuntah.

✅3. BERSIHKAN GIGI
Jika bayi sudah mempunyai gigi, kita anda seharusnya turut membersihkan giginya. Gantikan kain tadi tadi dengan kain yang baru atau bahagian yang masih bersih. Bersihkan gigi bayi perlahan-lahan mengikut arah jarum jam.

Mulakan dari bahagian luar, bahagian atas, dan akhir sekali bahagian belakang.

✅4. BERSIHKAN GUSI
Seterusnya, bersihkan pula gusi bayi. Caranya sama seperti membersihkan lidah. Akhir sekali, berikan sapuan ringan pada bahagian atas lelangit bayi.

✅5. ULANGI RUTIN SETIAP HARI
Mulut bayi mungkin tidak akan terus bersih dengan mempraktikkan cara bersihkan mulut bayi ini. Ia sepatutnya dijadikan rutin yang dilakukan setiap hari.
.
.
.
Baby Sadoo HQ
Baby Foods Specialised in Picky Eaters Meal
.
.
#bayi #baby #tips #kenapajenabersihmulutbayi #mulutbaby #kulatsusu #kukatsusudilidah #

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mudah Untuk Buang Tabiat Anak Hisap Puting ?

[#INFO] - Cara Mudah Untuk Buang Tabiat Anak Hisap Puting ? . 👶Adakah Puting Itu Penting ?? 👶🏻Tengah mengamuk bagai nak rak, bagi je puting terus reda "puting beliung" dlm rumah. Sama juga kalau nak tidur, anak kene hisap puting dlu baru lena 👶🏻Sesetengah pihak akan beranggapan, puting & anak kecil memg tak dpt dipisahkan. Ia seolah-olah 'penyelamat' yg dpt mengawal kelakuan bayi sehingga tidak boleh dipisahkan . . --------------------------------------------------------------- 👶🏻Bagaimana Cara Mudah Untuk Buang Tabiat Anak Hisap Puting ? --------------------------------------------------------------- . 1) Fahami Kepentingan Pada Anak ■Adakah puting hnya digunakn sblm tidur? Atau puting itu teman setianya ? ■Apabila anda memahaminya, anda boleh mncari pggnti sesuai kpda puting. Misalnya selimut bermotif kartun kegemarannya @ permainan baru . 2) Tukar Pada Masa Sesuai ■Gantikan puting secepat mungkin agar anak tidak terlalu bergantung pad...

[#INFO] - BAYI TERSEDAK SUSU

[#INFO] - BAYI TERSEDAK SUSU . . Apa yang Dimaksudkan Dengan Tersedak Susu ? ● Tersedak susu bermksud susu termasuk ke dlm saluran pernafasan & seterusnya ke dlm paru2 myebbkan masalah prnafasan & juga bolh myebbkan bayi berhnti brnafas . 👶🏻Bagaimana Bayi Boleh Tersedak Susu ? ●Secara amnya di antara faktor yg blh mybbkan bayi tersedak susu adalah jikalau ada masalah dgn bayi, ibu, botol & posisi badan 🍼FAKTOR BAYI:- ▪Bagaimana kita dpt menilai bayi dpt myusu dgan baik? Posisi bayi, pelekapan yg btl perlu dinilai ▪Kenalpasti tanda pelekapan yg btl iaitu mulut buka luas, merangkumi areola, bibir melengkung keluar, dagu mencecah payu dara ▪Bayi menghisap susu dgan trlalu laju ▪Sendawakan bayi antara & slps myusukan anak ▪Slps disusukan, baringkan bayi dgan kepala 45darjah utk mgelkn bayi muntah dlm tidur 🍼Faktor Ibu 🧕🏻Ibu ada susu yg bnyk iaitu 'forceful let down' @ 'oversupply'. Di dlm keadaan ini, bayi tersebut ada bunyi tersed...

[ WAYANG YANG MESRA KELUARGA, IBU MENYUSU, BAYI DAN ANAK KECIK?! ADA KE? SELAMAT KE? TELINGA BABY OK KE? ]

    [ WAYANG YANG MESRA KELUARGA, IBU MENYUSU DAN ANAK KECIK?! ADA KE? SELAMAT KE? TELINGA BABY OK KE? ] . . Bila dah jadi mak ayah ni kengkadang bila ada cerita baru kat wayang teringin sangat nak pergi tengok wayang. Tapi sayang nya bila kita dah ada anak berderet dan anak kecil, kita nak pergi tengok wayang jadi terbatas sebab risau takut sound effect wayang ni boleh membahayakan telinga anak kecik kita akibat terlalu kuat. . Dulu waktu Khalish & Keysha baby sepanjang 5 tahun lah saya tak pergi jejak kaki kat wayang sebab waktu tu wayang-wayang ni semua tak mesra baby, kanak-kanak dan ibu menyusu. . Tapi tu dulu la... . Sekarang dah berbeza. Banyak perubahan berlaku termasuk lah system panggung wayang yang mesra ibu bapa, ibu menyusu, mesra baby dan mesra keluarga. . Kengkadang teringin jugak nak tengok wayang especially bila kita dah jadi mak-mak ni mesti kalau boleh kita nak ada switch on point yang boleh buat kita seronok, happy dan enjoy dari kehidu...