Skip to main content

[ 10 TIPS PENJAGAAN ANAK BATUK & SELSEMA ]


[ 10 TIPS PENJAGAAN ANAK BATUK & SELSEMA ]

Anak saya sakit. Demam, batuk dan selsema. 2 hari di wad, kemudian semalam discaj. Perlu sambung rawatan di rumah. 

Sekarang ni musim tengkujuh, dan ramai yang datang ke klinik saya bawa anak-anak demam, batuk selsema. Ada yang dah agak teruk. 

Jadi, ada kemungkinan saya bawa balik kuman dari pesakit-pesakit pulang ke rumah, lalu ia menjangkiti anak saya. Ini kecuaian saya.

Apapun, ini saya beri beberapa tips penjagaan anak yang telah mendapat jangkitan pada salur pernafasan. 

1. Perbanyakkan minum air kosong. Air diperlukan agar kahak tidak terlalu pekat. Ia juga boleh melegakan tekak yang kering.

2. Elakkan makanan atau minuman yang boleh sebabkan iritasi pada tekak seperti makanan pedas/berempah dan berminyak.

3. Boleh ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C dan madu (setahun ke atas). Bayi bawah 6 bulan, tak usah beri selain susu badan/formula. 

4. Bawa jumpa doktor jika simptom berterusan lebih 3 hari. Makan ubat yang diberi mengikut ketetapan yang ditentukan oleh doktor/ahli farmasi. 

5. Jika doktor saran kuarantin anak, maka tak usah bawa mereka ke tempat awam. Tak usah juga hantar ke sekolah. Khuatir janggkiti orang lain. 

6. Jika terpaksa ke tempat awam, maka pakaikan anak topeng penutup mulut untuk kurangkan risiko menjangkiti orang lain. 

7. Boleh ambil pelalian(vaksinasi) terhadap influenza. Ia memberi sedikit perlindungan daripada jangkitan virus influenza. Perlindungan bertahan setahun. 

8. Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda bersih diri sebaik sahaja pulang ke rumah. Tak usah terus bertandang pada anak-anak.

9. Jika anda seorang perokok, maka ini masa baik untuk mula usaha berhenti merokok. Demi kesihatan anak, isteri dan anda sendiri. 

10. Selain ubat, anak yang sakit perlu diberi lebih perhatian dan kasih sayang. Suami pula jangan lupa manjakan si isteri yang jaga anak tu. Hehe. 

Semoga bermanfaat! 

Saya doakan semua yang sakit akan dikurniakan semula kesembuhan secepat ya! 

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Shared by: Baby Sadoo HQ
Baby Foods Specialised in Picky Eaters Meal

Comments

Popular posts from this blog

Cara Mudah Untuk Buang Tabiat Anak Hisap Puting ?

[#INFO] - Cara Mudah Untuk Buang Tabiat Anak Hisap Puting ? . 👶Adakah Puting Itu Penting ?? 👶🏻Tengah mengamuk bagai nak rak, bagi je puting terus reda "puting beliung" dlm rumah. Sama juga kalau nak tidur, anak kene hisap puting dlu baru lena 👶🏻Sesetengah pihak akan beranggapan, puting & anak kecil memg tak dpt dipisahkan. Ia seolah-olah 'penyelamat' yg dpt mengawal kelakuan bayi sehingga tidak boleh dipisahkan . . --------------------------------------------------------------- 👶🏻Bagaimana Cara Mudah Untuk Buang Tabiat Anak Hisap Puting ? --------------------------------------------------------------- . 1) Fahami Kepentingan Pada Anak ■Adakah puting hnya digunakn sblm tidur? Atau puting itu teman setianya ? ■Apabila anda memahaminya, anda boleh mncari pggnti sesuai kpda puting. Misalnya selimut bermotif kartun kegemarannya @ permainan baru . 2) Tukar Pada Masa Sesuai ■Gantikan puting secepat mungkin agar anak tidak terlalu bergantung pad...

[#INFO] - BAYI TERSEDAK SUSU

[#INFO] - BAYI TERSEDAK SUSU . . Apa yang Dimaksudkan Dengan Tersedak Susu ? ● Tersedak susu bermksud susu termasuk ke dlm saluran pernafasan & seterusnya ke dlm paru2 myebbkan masalah prnafasan & juga bolh myebbkan bayi berhnti brnafas . 👶🏻Bagaimana Bayi Boleh Tersedak Susu ? ●Secara amnya di antara faktor yg blh mybbkan bayi tersedak susu adalah jikalau ada masalah dgn bayi, ibu, botol & posisi badan 🍼FAKTOR BAYI:- ▪Bagaimana kita dpt menilai bayi dpt myusu dgan baik? Posisi bayi, pelekapan yg btl perlu dinilai ▪Kenalpasti tanda pelekapan yg btl iaitu mulut buka luas, merangkumi areola, bibir melengkung keluar, dagu mencecah payu dara ▪Bayi menghisap susu dgan trlalu laju ▪Sendawakan bayi antara & slps myusukan anak ▪Slps disusukan, baringkan bayi dgan kepala 45darjah utk mgelkn bayi muntah dlm tidur 🍼Faktor Ibu 🧕🏻Ibu ada susu yg bnyk iaitu 'forceful let down' @ 'oversupply'. Di dlm keadaan ini, bayi tersebut ada bunyi tersed...

[ WAYANG YANG MESRA KELUARGA, IBU MENYUSU, BAYI DAN ANAK KECIK?! ADA KE? SELAMAT KE? TELINGA BABY OK KE? ]

    [ WAYANG YANG MESRA KELUARGA, IBU MENYUSU DAN ANAK KECIK?! ADA KE? SELAMAT KE? TELINGA BABY OK KE? ] . . Bila dah jadi mak ayah ni kengkadang bila ada cerita baru kat wayang teringin sangat nak pergi tengok wayang. Tapi sayang nya bila kita dah ada anak berderet dan anak kecil, kita nak pergi tengok wayang jadi terbatas sebab risau takut sound effect wayang ni boleh membahayakan telinga anak kecik kita akibat terlalu kuat. . Dulu waktu Khalish & Keysha baby sepanjang 5 tahun lah saya tak pergi jejak kaki kat wayang sebab waktu tu wayang-wayang ni semua tak mesra baby, kanak-kanak dan ibu menyusu. . Tapi tu dulu la... . Sekarang dah berbeza. Banyak perubahan berlaku termasuk lah system panggung wayang yang mesra ibu bapa, ibu menyusu, mesra baby dan mesra keluarga. . Kengkadang teringin jugak nak tengok wayang especially bila kita dah jadi mak-mak ni mesti kalau boleh kita nak ada switch on point yang boleh buat kita seronok, happy dan enjoy dari kehidu...