Skip to main content

ANAK BELAJAR DARI CONTOH!! 'ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS'.



 [ NAK KENA LEMPANG KER!! KATA SEORANG PARENT KEPADA ANAK NYA ]
.
.
.
Show the right way 😉😉

"Nak kena lempang ker!..Don't run like a crazy dog!"

Ini perkataan yang saya dengar dan lihat dari seorang ibu pada anaknya dalam kedai DIY di sebuah shopping mall semalam. Wah, dah nak kena lempang, jadi anjing gila pulak. Saya tengok muka adik kecil tu terkebil2 diam.

Mak ayah,
Memang stress bawa anak2 pergi mall. Kalau tak bersedia hadapi tingkah laku mereka, jangan pergi. Jika tidak itulah ayat yang keluar bila anak kita tak dengar cakap.

Bahasa ialah adab. Bila dihamburkan sebegitu pada anak kecil yang tak tahu menilai, di khalayak ramai maka bersedialah untuk menerima kesannya. Ia satu kesan jangka panjang. Kita akan tuai hasilnya kemudian. Kita akan melahirkan anak yang akan marah atau memberontak seperti kita bila keinginan mereka tak dipenuhi.

Bahasa kita pada suami, layanan kita pada mak ayah di kampung, tingkahlaku kita dengan pembantu rumah, jiran dan juga cara kita berinteraksi dengan Allah dalam masalah ibadah, semuanya diperhalusi anak2 tanpa kita sedar. Anak2 mungkin gagal dengar cakap kita, tapi mereka tak pernah gagal meniru tingkahlaku kita.

'ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS'.

Yang suami pun 1, kadang2 bagilah isteri masa sikit untuk 'me time'. Bagi mereka jalan2 di mall tanpa hiruk pikuk anak2 sekali sekala. Biar dia berjalan melenggang ke dalam Kaison dan Daison. Pergi DIY. Biar dia berangan apa barang deco dia nak beli. Dapat berangan pun 1 anugerah release tension walau pun barang tu x beli pun. Baru berangan saja. Last2 keluar beli pasu bunga kecil atau frame gambar RM10. Itu pun dah dapat menenangkan hati yang terbeban dengan urusan rumah tangga.

Keluar DIY dapat pula Tealive Brown Sugar Pearl Milk Tea. Insya Allah balik rumah nanti boleh lipat baju dengan senang hati.

Kadang2, tekanan itu dari persekitaran. Boleh juga dari pasangan kita. Namun apa jua masalah, berhati2lah dengan bahasa kita pada anak.

"Anak umpama kain putih, kitalah yang mencoraknya"

Credit To :
Ted Aziz

Reshared by: Baby Sadoo HQ

Join Group ni untuk dapatkan tips pemakanan simanja, penjagaan dan kesihatan simanja anda 👇

https://www.facebook.com/groups/515931839248007/



#babysadoobabyfood
#pickyeatertips  #pickyeterbabyfood  #pickyeterbabyfood #babysadoohomemadebabyfood #babyfoodsmalaysia #makananbabysungaibuloh #babyfoodsungaibuloh #makanananakcerewetmakan #pickyeater #babysadoo #babysadoobabyandtoddlersfoods #babyfoods #toddlersfoods #suitableforpickyeaters #homemade #babyscompletemeal #convinientfortravelling #easytravel #readytoeat #easytoreheat #friendlynanny #nopreservative #noadditive #noaddedsalt #noaddedsugar #noartificialcolour #tipsparenting #tipskeibubapaan #tipsjagaanak #tipsbercakapdengananak #anakberlari


Comments

Popular posts from this blog

Cara Mudah Untuk Buang Tabiat Anak Hisap Puting ?

[#INFO] - Cara Mudah Untuk Buang Tabiat Anak Hisap Puting ? . 👶Adakah Puting Itu Penting ?? 👶🏻Tengah mengamuk bagai nak rak, bagi je puting terus reda "puting beliung" dlm rumah. Sama juga kalau nak tidur, anak kene hisap puting dlu baru lena 👶🏻Sesetengah pihak akan beranggapan, puting & anak kecil memg tak dpt dipisahkan. Ia seolah-olah 'penyelamat' yg dpt mengawal kelakuan bayi sehingga tidak boleh dipisahkan . . --------------------------------------------------------------- 👶🏻Bagaimana Cara Mudah Untuk Buang Tabiat Anak Hisap Puting ? --------------------------------------------------------------- . 1) Fahami Kepentingan Pada Anak ■Adakah puting hnya digunakn sblm tidur? Atau puting itu teman setianya ? ■Apabila anda memahaminya, anda boleh mncari pggnti sesuai kpda puting. Misalnya selimut bermotif kartun kegemarannya @ permainan baru . 2) Tukar Pada Masa Sesuai ■Gantikan puting secepat mungkin agar anak tidak terlalu bergantung pad...

[#INFO] - BAYI TERSEDAK SUSU

[#INFO] - BAYI TERSEDAK SUSU . . Apa yang Dimaksudkan Dengan Tersedak Susu ? ● Tersedak susu bermksud susu termasuk ke dlm saluran pernafasan & seterusnya ke dlm paru2 myebbkan masalah prnafasan & juga bolh myebbkan bayi berhnti brnafas . 👶🏻Bagaimana Bayi Boleh Tersedak Susu ? ●Secara amnya di antara faktor yg blh mybbkan bayi tersedak susu adalah jikalau ada masalah dgn bayi, ibu, botol & posisi badan 🍼FAKTOR BAYI:- ▪Bagaimana kita dpt menilai bayi dpt myusu dgan baik? Posisi bayi, pelekapan yg btl perlu dinilai ▪Kenalpasti tanda pelekapan yg btl iaitu mulut buka luas, merangkumi areola, bibir melengkung keluar, dagu mencecah payu dara ▪Bayi menghisap susu dgan trlalu laju ▪Sendawakan bayi antara & slps myusukan anak ▪Slps disusukan, baringkan bayi dgan kepala 45darjah utk mgelkn bayi muntah dlm tidur 🍼Faktor Ibu 🧕🏻Ibu ada susu yg bnyk iaitu 'forceful let down' @ 'oversupply'. Di dlm keadaan ini, bayi tersebut ada bunyi tersed...

[ WAYANG YANG MESRA KELUARGA, IBU MENYUSU, BAYI DAN ANAK KECIK?! ADA KE? SELAMAT KE? TELINGA BABY OK KE? ]

    [ WAYANG YANG MESRA KELUARGA, IBU MENYUSU DAN ANAK KECIK?! ADA KE? SELAMAT KE? TELINGA BABY OK KE? ] . . Bila dah jadi mak ayah ni kengkadang bila ada cerita baru kat wayang teringin sangat nak pergi tengok wayang. Tapi sayang nya bila kita dah ada anak berderet dan anak kecil, kita nak pergi tengok wayang jadi terbatas sebab risau takut sound effect wayang ni boleh membahayakan telinga anak kecik kita akibat terlalu kuat. . Dulu waktu Khalish & Keysha baby sepanjang 5 tahun lah saya tak pergi jejak kaki kat wayang sebab waktu tu wayang-wayang ni semua tak mesra baby, kanak-kanak dan ibu menyusu. . Tapi tu dulu la... . Sekarang dah berbeza. Banyak perubahan berlaku termasuk lah system panggung wayang yang mesra ibu bapa, ibu menyusu, mesra baby dan mesra keluarga. . Kengkadang teringin jugak nak tengok wayang especially bila kita dah jadi mak-mak ni mesti kalau boleh kita nak ada switch on point yang boleh buat kita seronok, happy dan enjoy dari kehidu...